bawak laju bawak slow, dah masuk tu jangan lupa follow. tank qiu (^.^)~

bukan nak cari folower, nak cari geng

Monday, May 30, 2011

hidup seorang mat moto

biasa lah bro
mat moto macam gua ni
semua orang pandang serong
typical masyarakat melayu dan bakal mak mertua,
mat moto ni jenis yang manusia yg xda masa depan
tau melepak ja kejanya
senang kata, menghabiskan boraih jer!

biasa lah bro
mat moto macam gua ni
orang pandang lain macam
bila gua bawak laju sikit moto gua ni
mesti ada orang cakap, mat rempit la tu
bawak laju-laju, nak bunuh orang  kot
semua yang buruk-buruk ja lu nampak kan?

geram gak kadang-kadang gua tgk reaksi muka lu pandang gua macam tu
gua tau la lu naik kereta v-tec double turbo
gua tau gua pon ada ilmu kereta
tapi lu xyah la kerek sangat bro
gua naik moto sebab gua minat naik moto
gua buan mat rempit, gua mat moto
takat kereta lu tu gua boleh angkat 10 biji la!
tooo...



Saturday, May 7, 2011

rempit di hari ibu

rempit pegi beli adiah kat ibu xpa kot eh?

ngehngehngeh

kepada otai-otai, rider-rider, mamat-mamat selekoh suma, dan juga mangkuk-mangkuk diluar sana, 

sayangilah ibu anda selagi mereka masih ada,
apa yang depa pesan tu kita dengar baik-baik,
walaupun gua pon seorang rider,
tapi gua tetap chill and hormat kata-kata ibu gua,
sebab syurga itu dibawah telapak kali ibu

lu nak layan koner boleh,
lu nak rempit sampai out meter pon boleh,
tapi satu ja gua pesan,
ingatlah ibu tersayang

jangan sampai ibu lu menangis meratapi kematian lu dihari ibu atas kebodohan lu yg bergelar mat rempit yang mangkuk

dan jangan sampai buatkan seorang ibu meratapi kematian anaknya dihari ibu atas kebodohan lu yg bergelar mat rempit kerna melanggar anaknya

dan jangan sampai buatkan seorang ibu memaki lu kerna syurga itu dibawah telapak kaki ibu

sekali lagi yang gua ingatkan syuga itu dibawah telapak kaki ibu

lu nak masuk neraka suka hati lu la 

sama-sama kita chill bro

chill

Tuesday, April 5, 2011

FX125 VS FZ150i

baru-baru ni, gua selalu ikut tts and fnf kelabcacamerba bikers
cacamerba bikers adalah group kecil yang ditubuhkan oleh sekumpulan bikers di sekitar negeri kedah
iaitu dari sekitar Jitra, Alor Star, dan Sungai Petani
gua pon tak berapa nak pasti sangat berapa jumlah rider-rider dalam cacamerba bikers
tapi yang betul-betul aktif gua rasa dalam 10 orang macam tu

kebanyakan motosikal yang join kelab ni adalah dari yamaha FZ150i
selain FZ150i ada juga moto lain seperti ninja 250, ZZR, LC dan Shogun.
gua juga tak berapa nak pasti mungkin ada lagi moto lain yang join
apa gua peduli? ada gua kesah?
kahkahkah (opss tanduk dah tumbuh lak hehe)

nak dijadikan cerita, otai dalam cacamerba bikers ni kawan baik gua masa sekolah dulu
jadi secara tak langsung gua pon turut dijemput untuk join mereka untuk tts
gua ni jenis yang mudah mesra, jadi gua folo je mana depa nak pi
lagipun skrg ni gua blom bekerja yg memerlukan komitmen yg tinggi lg
jadi gua pon ikut je

...........................

apa gua nak cerita kat sini bukanlah kisah mat rempit
gua nak cerita dari segi performance moto
nak buat sikit comparison antara FZ150i dan FX125i (eh FX xda i lah hiuhiuhiu)

ADVANTAGES YAMAHA FZ150i


1. Lawa. boleh mekap pakai cover set R15. Cantik, nampak sebijik macam superbike. sampai abang polis siap tanya member gua macam ni, ''kenapa lesen adik ni B2 jer??" haha lalala punya polis. ini 150 la mangkuk!! haha.

2. Laju. memang tak dinafikan FZ150i ni bukan calang-calang moto, dengan convert block pakai blog besar, cam potong, dah cukup untuk berkonvoi bersama moto berkuasa enjin 250. walaupun tak boleh la nak babai kat owner 250cc tu tapi boleh la takt nak jeling-jeling manja. wiwwittt. first time konvoi dengan FZ150i modified, gua amat kagum. FZ150i memang superb, RESPECT!

3. Water Coolant system. moto yang ada water coolant ni mmang dicipta khas untuk jarak perjalanan yang jauh. kalau nak pakai ulang alik atas highway memang tak jadi masalah, asalkan enjin dalam keadaan tiptop. dari segi lasak, motor pakai coolant memang diciptakan untuk lasak. rembaih kawkaw pon takpa asalkan jangan over ramp. kalau overramp moto apa pon lingkup nauzubillah. :D

4. nak lebih tambah sendiri la advantages nya k. huhu

ADVANTAGES SUZUKI FX125





1. Kapchai. apa yang bestnya moto kapchai ni? sebab moto kapchai ada raga. sesuai nak bawak pegi mana-mana. itu yang penting sebenarnya. moto serbaguna.

2. Laju. moto ni mungkin ramai yang tak tahu kewujudannya. DOHC teknologi! bila sebab DOHC mesti ramai yang ingat kereta ngan superbike ja betul tak? tapi, yang respectnya DOHC system ni telah diberi nafas oleh SUZUKI ke dalam satu-satunya moto kapchai yang ada. mungkin didunia. kalu ada moto kapchai lain habaq mai kat gua noo. :D

laju nak compare dengan RXZ, FZ150i modified memang la tak kena. tapi kenapa aku kata moto ni laju? moto ni sebenarnya adalah saudara satu ibu dengan SUZUKI FXR150. Jadi adik FX ni dia boleh ja nak pakai baju abang dia. hahaha. (paham-paham amik la ye) :D

3. Oil Coolant System. moto ni juga mempunyai system penyejuk minyak enjin. boleh diguna untuk rebaih kawkawkaw tiada masalah kerana patern moto jenis ini memang diciptakan khas untuk katogori lasak. FX125 juga merupakan moto katogori cupcross yang femes dimata peminatnya. itu serba sikit menariknya moto kapchai ni. walaupon ramai yang tak cintakan dia, tapi gua sangat cintakan dia. wuwuwu.

4. tambah la sendiri kalau ada. :)



DISADVANTAGES FZ150i 


1. tak lawa kalu tak mekap. kena mekap dulu baru cantik. :D

2. setakat ni gua rasa moto ni lebih advantage dari disadvantagesnya. kalu ada apa2 lagi, sila tambah sendiri. :D

DISADVANTAGES FX125


1. tak lawa. design moto sangat buruk. tapi ada ada hal kalu pickup FZ150i pon leh tapaw. wakaka. :D
2. apa yang korang rasa tak kena sila tambah sendiri.


P/s: Apa apa-apa lagi nak tambah boleh tinggalkan lu kat bawah k. 

Monday, April 4, 2011

Are you suzy enough?










Bike name        : Suzuki FX125 limited edition
Company          : Suzuki
Category          : Kapchai 4-stroke DOHC
Gear                 : Cannot tell
Top Speed        : Cannot tell
Long distance  : excellent!

Horse Power    : Cannot tell
Power               : Enough to make you happy :D


Others specifications that you interested to know, you can google it!


Do google it!
(^.^)~
~Hadi PELERA~

Tuesday, March 29, 2011

Rempit ka tak rempit?


yg atas ni moto sangcxl3



Amacam kawan, rempit ka tak rempit gua ni?
hahaha!


P/s: err.. Sangcxl3, lu ada ka fan punya ramai macam gua ni? wohoho.
P/s 1: amacam, moto masyukk tak? :D

Thursday, March 24, 2011

mat sempit

kemarin 24/3/11 gua pegi pekan jitra
tujuan gua nak renew roadtax moto yg dah mati 17/3/11
ini bukan sebab kes xdak duit
ini kes MALAS (yg baik folo, yg kurang baik letgo ok)
haha 

gua ni jahil sikit bab2 renew roadtax ni
gua xberapa tau sangat procedure and so on
so gua pegi ja kt kedai Chin Hin jitra untuk bayar roadtax
geram jugak gua dibuatnya bila awek yg jaga kaunter tu rajin sangat dok sembang dengan kawan2 dia
yang gua rasa boleh gua gelar sebagai awekss. haha

mau saja gua tanya awek kaunter tu, 
"adik datang sini nak kerja ka nak bersembang ni?"
tapi sebab gua ni baik, cool dan macho wakaka
jadi gua relex ja, siap senyum lg melayan karenah awek kaunter yg suka bersembang
senyum macam ni
 (^.^)~

bisik hati gua "haih, kalu asyik sembang macam ni, taun bila nak abis ni cik adik?"
gua boring gak dok lama2 tunggu dia buat keja
gua buat2 wusya hp, nak tambahkan kemachoan gua yg sememangnya cukup terserlah kahkahkah

cukup melaghokan  (yg baik folo, yg kurang baik letgo ok)

.......................
dipendekkan cerita
settle semua
dan bila dah settle semua gua pon belah balik
dalam perjalan balik tu
tiba-tiba ada seorang mat sempit yang gua kira boleh dianggap bangang tahap moksya
mai dok rem-rem moto dekat gua
Panas ja telinga gua mendengarnya

tapi gua relex lg
gua sabar
siap bg jalan kt mamat tu dengna perlahankan moto
tapi dia masih tak paham-paham jugak
dia still dok perangat gua dengan rem-rem macam mau ajak race
mat sempit oh mat sempit, sempit sungguh pemikiranmu ni ye
hati gua mula goyah, sampai tanduk gua yg gua dah kerat dulu tu tumbuh balik
sebijik macam dlm cerita 'hell boy'
kahkahkah

gua berbisik lg, "oke, ko nak main eh? jooommmm. test sekilo tgk! da lama aku tak ikan-ikan kan orang nih  hehe"
tanduk pon mula tumbuh lebih panjang dua cm.
(^.^)~

lepas tu ada la adegan-adegan yang tidak perlu gua cerita kat sini. haha

tu la, 
gua tau la moto ex5 gua ni burok
gua tau la badan gua da gemok
gua tau la lu mat sempit kejadah nirrajim
tak kisahla lu joki kampung pisang pon

tapi kalo dah kena tinggal 20 tiang tu, baik lu buang moto lu dalam laut jer.
bak kata pujangga moto malaysia " kalu gua,gua malu" 
kikiki~








Tuesday, March 22, 2011

Layan Corner 1


Hai
Da lama rasanya gua tak up-to-date
blom ada camera nak tangkap gambar
dan nak hupload gambar segala
minggu depan boleh kot
update sikit-sikit kehidupan dunia moto gua
insyaAllah

oh ya
gambar kat atas tu adalah gambar seorang sahabat gua
dia junior gua kt unibesiti dulu
rakan masjid kalo tak silap
nama dia Mat Ewhere hihi
tapi
gua pon pelik
kenapa
kenapa?
dan kenapa?
dia jadi macam ni?
hahaha

dulu gua rasa dia bukan mat selekoh sangat
tapi bila tengok gambo yang dia hupload kt pesbuk dia neh
gua heran ooo
adakah ni semua salah tunjuk ajar gua dan kawan gua bernama Farouk?

gua rasa sedikit bersalah sebab dulu suka racun dak-dak muda ni
sedikit???
ni kalo mak bapak dia tau ni mampus la kitaorang
mana nak lari nih??
caboottt la tunggu hapa lagi.
larriiii!

P/s: kepada mat-mat selekoh di luar sana, jangan tiru aksi berbahaya macam ni okay!
kalu ya pon pakai la pad lutut baru la enjoy. peace no war. majulah mat selekoh untuk selekoh. hehe
P/s 1: kepada Mat Ewhere, style da ni bro. leh ajar aku tak? hehe