bawak laju bawak slow, dah masuk tu jangan lupa follow. tank qiu (^.^)~

bukan nak cari folower, nak cari geng

Monday, January 23, 2012

Hidupkan FNF

Salam. uh lama gua xhupdate blog.

ok sapa nak ajak ride jom. on selalu (^,^)~

nanti gua rajin gua update lg.

Wednesday, August 31, 2011

Edisi jelajah cameron highland

salam raya,


da lama gua xupdate even kat sini
yihaaa erm...
gua ingat minggu depan mau plan pi cameron untuk aksi asah lutut.

kalu ada sapa2 kutu-kutu yang nak memolo gua, dialu-alukan.
janji kena inpom gua awal-awal, kalu tak gua tinggal.
ngeh

apa2 nanti gua update len. stay tuned!

gua mewakili blog gua sendiri, gua nak ucapkan hepi eid mubarak kepada semua kutu-kutu, mat motor sekalian. kepada mangkuk2 yang penah gua maki hamun sebelum ni gua mintak ampun. hoho

Maaf Zahir& Batin
iklas dari gua,
Hadi PELERA

Monday, July 18, 2011

hari ini dalam sejarah hidup gua

gua pon taktau kenapa hari ini  bersejarah dalam hidup gua. dia punya feeling tu lain macam der. gua nak cer la sikit apa jadi kan. hehe

pagi tadi gua bangun awai masak nasik dua pot. nasik masak sempurna. gua sangat gembira. tengahari gua makan nasik. sedap. gua gembira lagi.

ptg td gua attend intebiu, gua dapat keja. alhamdulillah gua sgt bersyukur rezki tuhan bagi. gembira2.

lepas tu gua pi dusun, buah banyak tol arini sampai penuh bonet keta. hehe. syok2 dan oh sangat gembira. :D

malam td moto kawan gua masuk bendang. katanya brake disc sangkut. gua gembira. hehehe. eh jap, gua gembira ka tak gembira ni?? konfius suda.

Friday, July 1, 2011

sejak dua tiga menjak ni

sejak berkenalan ngan dak-dak moto dari cacamerbabikers, gua rasa kerap sangat gua melepak bersama diorang. hubungan gua dengan mereka semakin rapat.

gua sorang saja yg ride kapchai dalam group ni, haha. gua tau gua otai. P/s: ala, mamat-mamat ni naik fz150i ja pon, bukannya SBK. gua xgentar bro. HAHAHA!

antara port yg kitaorang selalu lepak adalah di kedai makan kt kepala batas, tat nasi ayam dekat bank islam mergong, tat nasi ayam sungai petani, dataran loqstaq/sp, depan chinhin jitra, dan pelbagai lagi. kalau lu orang nampak geng2 cacamerbabikers lu orang jangan segan-segan nak haloo. kitaorang kawan xmengira status, even lu kapchai macam gua pon masih dilayan.

2 3 hari lagi gua akan bg fx125 gua dekat abang gua. so lepas ni gua 'terpaksalah' ride dengan kuda perang two stroke gua pulak. dah bosan da cucuk angin r1 teringin pulak nak main2 ngan zx2r. hahaha! 5.

apa-apa pon, gua hepi la kenai dak-dak serabut nih. lawak depa macam aram. hahaha.

P/s: entri ni gua tujukan khas kt dak-dak cacamerbabikers. jgn marah noo. :D, depa ingat moto depa laju??? sabaq sat naaa. kah3~

Monday, June 6, 2011

update

Sabtu 4/6/2011

meyambut kedatangan riders UTP-RC dari perak seramai 10 orang. menjadi guide person kepada rider-rider UTP-RC menjelajah negeri perlis.


Ahad 5/5/2011

top-obehall moto. done!

Next

back to the business! oh my lovely car still in workshop, sigh*

Monday, May 30, 2011

hidup seorang mat moto

biasa lah bro
mat moto macam gua ni
semua orang pandang serong
typical masyarakat melayu dan bakal mak mertua,
mat moto ni jenis yang manusia yg xda masa depan
tau melepak ja kejanya
senang kata, menghabiskan boraih jer!

biasa lah bro
mat moto macam gua ni
orang pandang lain macam
bila gua bawak laju sikit moto gua ni
mesti ada orang cakap, mat rempit la tu
bawak laju-laju, nak bunuh orang  kot
semua yang buruk-buruk ja lu nampak kan?

geram gak kadang-kadang gua tgk reaksi muka lu pandang gua macam tu
gua tau la lu naik kereta v-tec double turbo
gua tau gua pon ada ilmu kereta
tapi lu xyah la kerek sangat bro
gua naik moto sebab gua minat naik moto
gua buan mat rempit, gua mat moto
takat kereta lu tu gua boleh angkat 10 biji la!
tooo...