bawak laju bawak slow, dah masuk tu jangan lupa follow. tank qiu (^.^)~

bukan nak cari folower, nak cari geng

Saturday, December 18, 2010

eh.. err.. oh

sekarang ni gua boleh dikira sebagai sorang penganggur la. sbb gua sudah abis blajaq. mana gua mau cari duit untung tanggung hidup guani ? itulah persoalan yg gua slalu tanya diri sendiri. dan bila gua memikiaqkannya, gua pon mesti mengeluh, haih.. bila gua nak dapatkeja ni????

syukur Alhamdulillah,



gua da dapat keja. kt mana? keja apa? itu gua xmau cerita. tp keja biasa saja. lusa gua stat keja. boleh la buat duit paket sementara gua dapat keja lain yg menjamin sikit. heheh. doakan gua rajin bekerja noo. tima kasehhh~

Saturday, December 11, 2010

Sunday, November 28, 2010

status semasa

salam.

Memo kepada para pembaca yang dihormati,

mintak maap siap-siap.bukan stakat moto, sekarang ni blog gua ni pon dah bersawang. masih tiada update kerana belum sempat terlibat dalam sebarang aktiviti permotoran. buat masa sekarang ni, gua tgh dok bergelut dengan hal-hal pembelajaran. gua. Dah tak lama dah gua nak habis buat degree ni. jadi bila gua dah settle metal semua bendalah yang berkaitan dengan degree gua ni, gua mau focus 70% masa gua ke moto. heheheh. gua mesti update punya nanti. err.. gua ada plan mau pusing malaysia ngan moto lar nanti. sapa nak folo gua boleh pm gua nanti ok. chiow. doakan gua kejayaan juga dalam pembelajaran.

terima kasih kerana sudi membaca!
(budget ada orang mau baca. chehh!)



Yang Menulis,

Penulis Pendekar Lebuh Raya yg kacak macho a.k.a student Final Year yang dah nak blah grad.
University Technology of Toronto PETRONAS,
Tronoh, Perak.

Saturday, November 13, 2010

sawang dan karat.

Hari ini dalam sejarah, sejarah hidup gua.

Alhamdulillah, rasa lega dan tenang sikit hari ni. dah dua tiga hari serabut, tak ketahuan tidoq dan sakit kepala nak siapkan project report tahun akhir gua. hari ni gua boleh cool down sat. harini jugak gua dah berjaya kemas bilik dan rendam baju, mungkin malam ni bilas dan jemur kalu gua rajin. ngehh~

dah tenang-tenang ni, tiba-tiba gua teringat moto gua yang dah bersawang tu. apa crita la moto gua tu? jadi gua pon pegi la tengok dan bersih2 kan sikit. dah uzur benar moto gua tu, karat merata-rata kat body. xsampai hati tengok keadaan yg dhaif macam tu, gua pon merajinkan diri pasang balik coverset yg dok telentang atas tanah tu. fuh.. rasa lega dan bahagia!

nak tengok gambar moto gua ka? sori la beb, intenet tengah bangang sekarang ni nak huplod gambar pon macam hanjing punya la lambat. tapi kalu lu interested nak tgk view la kt profil FB gua ni -->

http://www.facebook.com/profile.php?id=688103731

P/s: macho jugak moto gua walopon xleh jalan. kahkahkah! sobsobsob!










Sunday, October 31, 2010

Highway Star

Dulu, zaman era 90 an macam tu ada sebuah model motosikal yang amat popular dengan gelaran the highway star. mungkin ramai mamat-mamat moto sekarang taktau tentang kewujudan gelaran moto tersebut kerana moto tersebut popular diawal tahun 1995 macam tu. waktu tu umur gua pon baru ja 7 tahun. keskeskes. mungkin gua boleh bagi clue sikit lagi, moto tersebut dikeluarkan oleh Yamaha. masih xdapat pick up lg? aiyarkk.. sila pegi MAm.. kahkahkah.

okeh ini khas untuk golongan slow-slow pick up, moto tersebut adalah Yamaha TZM150. kehkehkeh... jgn marah noo, melawak kasaq xpa kot aih.

 nak tengok specification moto ka apa? okeh ini dia spec moto yamaha TZM150 standard keluar kilang.


ops.. aku da try dua tiga kali hupload spec yg aku screen shot dari manual pdf tp xberjaya. mungkin lain kali. ngeh3.. (punya la malas nak taip)


Dulu waktu zaman highway star ni ramai mat-mat moto yang teruja bila moto ni yamaha launch dan bawak masuk malaysia. ramai mat2 rxz dan mat2 panter jual moto sebab nak tukar selera pakai yamaha tzm150 ni. ramai yang salah sangka, ada juga yang ingat moto ni superbike, ada yang ingat moto ni 250 4-stroke. dan perbualan tentang moto ni diperhangatkan dan diperhebatkan di kedai-kedai kopi, di tempat-tempat lepak, dan mungkin juga diluar masjid selepas solat jumaat. lol~


tapi apa yang berlaku saat ini selepas sudah beberapa tahun moto ini dihentikan production, moto ini kian dilupakan oleh golongan mat-mat moto sendiri. agak sedih bila ramai yang mengatakan moto ni sinonim dengan gelaran moto mat indon, sebabnya ramai mat indon guna moto ni buat pegi keja. hahaha. gua layan saja kalu ada mamat hampeh yang ingat gua mat indon. pegi mati la lu.. budget moto lu power sangat la tu panggil gua mat indon? try test tengok... kahkahkah.. ops, terlajak tulis, tapi gua malas nak delete. kahkahkah..


P/s: sebenarnya gua rindu nak naik moto gua tu. tapi skarang ni moto gua problem. banyak jugak la modai nak pakai. haih.. bila afaknya boleh jalan semula. dah kawkawl rindu nak pederas ni. aiyarkk.


P/s 2:mana gua nak cekau duit nak pebaik moto gua ni? lu boleh?








Friday, October 29, 2010

Aprilia RS125; kuasa moto 2 lejang


http://www.youtube.com/watch?v=w04TpFZvYvc

Gua adalah penunggang Yamaha TZM150. Sepanjang pengalaman gua naik moto sportbike enjin dua lejang, gua rasa gua sangat puas hati. Walaupun kebanyakkan moto enjin dua lejang ni berisipadu silinder yang kecik (cc kecik), tapi power dan tork yang dihasilkan oleh moto enjin dua lejang ni bukan calang-calang. Contohnya seperti Apprilia RS125,Yamaha TZR125, Yamaha TZM150, Honda NSR150, Mito125, Kawasaki Kips150, dan beberapa siri moto lagi yang setaraf dengannya.

Kalau tgk meter tu memang ramai yg akan terkejut, mana mungkin moto yg mempunyai cc kecik seperti RS125 mampu untuk cecah sampai 190 kph! ya, memang xlogic. hahaha. err.. kalau xsilap gua la, meter ni lari dalam 20 kph dari actual speed. maknanya, kalu 190 kph tu lebey kurang 170 kph ja. 170 kph ja? lu decide la sendiri laju ke xlaju, power ke xpower moto enjin dua lejang ni. bg gua, moto ni memang dah sangat ajaib kalu boleh capai speed yang macam tu. hahaha. (janji tz gua lg laju kahkahkah)

laju ke xlaju, itu sebenarnya xpenting sangat bagi gua. Yang paling penting ialah reliability moto tersebut. maksudnya moto tu mestilah tahan lasak bila kita lenjan hari-hari. gua harap satu dunia setuju dengan kenyataan gua ni. erk? xstuju? lu mamat SBK, g main jaoh2. hahaha.

P/s: moto cc kecik 4 lejang pon ada ja yang boley cecah kelajuan macam RS125 tu. gua xnafikan, tp setakat mana laju tu lu define sendiri la. asal lu gembira. hahaha.

P/s 2: gua pon naik kapchai, apa gua cerita ni? haih xsedar diri punya olang. ngeh3.

P/s 3: ingat!, yg penting reliability. ini gua quote dari seorang otai yg gua kenal. kahkahkah!

Lu kata lu rider, takkan nak bukak skru tukar minyak itam pon lu xreti. aiyakk!!

Thursday, October 28, 2010

Jupiter MX 135LC



Lu xrasa benda ni lawak ka? hahaha

Lu kata lu rider, takkan nak bukak skru tukar minyak itam pon lu xreti. aiyakk!!

Wednesday, October 27, 2010

EX 5 Turbo.mp4



Sapa sangka kapchai macam ex5 boleh pasang turbo. siapa sangka pomen moto kedai bawah pokok asam mampu modi macam ni. tapi inilah yang gua nak kongsi, gua memang respect betul kalu tgk otai-otai melayu kita pandai modi macam ni. xrasa rugi ka kita x fully utilize kepakaran yang ada macam ni? kita harus berbangga sebenarnya dengan rakyat kita sendiri, kita ada bakat cuma xda peluang untuk go for global. Kerajaan sila ambil inisiatif untuk bantu golongan-golongan otai ni. please la kerajaan gua merayu. mungkin satu hari nanti kita boleh nampak otai-otai bawah pokok asam jawa ni boleh membuatkan negara kita Malaysia ni maju dan berdaya saing setanding dengan negara maju seperti Jepun dan Europe.

P/s 1: Persepsi masyarakat kita yang menganggap golongan rempit ni sebagai sampah masyarakat ni memang hampeh. Gua xmo komen banyak, lu orang pikir sendiri la ok.

P/s 2: Gua memang xsuka tgk golongan mat rempit yang xda akal, maksud gua golongan mat rempit yang hampeh. nak rempit pon tgk tempat la brader!!

Lu kata lu rider, takkan nak bukak skru tukar minyak itam pon lu xreti. aiyakk!!

Perasmian

Salam dan Hai,

Yeah, akhirnya gua da ada satu blog baru untuk letak hal-hal moto. Yes!!! Blog ni gua akan fully utilize untuk bercakap, kondem, psyco, nasihat,komen atau fakta ttg moto sahaja. Gua agak celaru minda la bila nak sembang pasal moto bila pikir pasal tajuk header blog gua yang satu lagi tu lansung xsapot dengan hobi gua ni. Jadi, blog gua yg satu lagi tu gua biar untuk ilmu-ilmu atau info-info yang bukan berkaitan dengan moto. Gua harap dengan blog baru gua ni, gua boleh jadi kaya. kaya? hoho. apa kejadahnya jadi kaya pulak ni. kahkahkah.. Itu saja buat entry pertama ni. 

Dengan secara rasminya, gua merasmikan blog baru gua ni sekarang jugak! yihaaa~

bum bum kebabum..(ada mercun dan bunga api terbang2)


Lu kata lu rider, takkan nak bukak skru tukar minyak itam pon lu xreti. aiyakk!!